Make your own free website on Tripod.com


 
Mirror Site only. Official site  www.psychiatry.gov.my
12 April 2003 - Permai Ke Arah Akreditasi. ............. Selamat datang melayari laman web www.psychiatry.gov.my

Sahabat Permai

Sahabat Permai merupakan satu program atau sesi aktiviti yang dijalankan dan disertai oleh badan-badan NGO, syarikat-syarikat swasta, masyarakat awam, keluarga pesakit-pesakit bersama-sama pesakit-pesakit dan anggota Hospital Permai Johor Bahru.

 Tujuan sesi ini adalah mengujudkan hubungan erat diantara masyarakat, keluarga pesakit, badan-badan NGO, syarikat-syarikat swasta dan para pesakit, anggota dan pihak pengurusan Hospital Permai Johor Bahru. Ujud situasi ini akan mengurangkan stigma masyarakat, mengujudkan kesedaran kepada pesakit, menimbulkan sikap penyayang dan empati.

 Objektif program ini:

  1. Memenuhi tanggungjawab sosial secara bersama diantara pihak NGO, masyarakat, ahli keluarga pesakit dan pihak Hospital Permai Johor Bahru.
  1. Memberi peluang kepada pesakit-pesakit beramah mesra diantara masyarakat, NGO dan anggota Hospital Permai Johor Bahru.
  1. Mengujudkan suasana muhibbah secara bilateral diantara NGO, masyarakat, ahli keluarga pesakit dan pihak Hospital Permai Johor Bahru.
  1. Menimbulkan kesedaran disudut hati masing-masing dan situasi ini akan mengurangkan stigma masyarakat, mengujudkan kesedaran kepada pesakit, menimbulkan sikap penyayang dan empati.

Aktiviti Yang Dijalankan:

7.9.2002
pukul 5.00 petang hingga 9.00 malam

Pada tarikh dan waktu tersebut seramai 66 pesakit-pesakit bersama 25 anggota dan 12 orang dari Persatuan Pendidikan Buddha Johor Bahru telah berhimpun di Dewan Besar Hospital Permai. Turut diserikan lagi majlis adalah kehadiran Pn Halimah Yusof,Timbalan  Pengarah Pengurusan selaku wakil Pengarah Hospital Permai. Majlis ini adalah anjuran bersama pihak pengurusan Hospital Permai Johor Bahru dengan kerjasama persatuan tersebut. Upacara  dimulai dengan ucapan alu-aluan dari Pengerusi Majlis Pn Premalatha a/p Sundram. Diikuti pula dengan ucapan alu-aluan dari wakil Pengarah Hospital Permai Dr Vincent telah merakamkan penghargaan dan betapa pentingnya kerjasama antara 2 pihak dalam melahirkan masyarakat penyayang. Manakala ucapan dari wakil Persatuan Pendidikan Buddha Johor Bahru, Encik Kelvin Tan berharap kerjasama dari pihak Hospital Permai Johor Bahru dapat diteruskan pada masa-masa mendatang.

 Acara seterusnya diteruskan kepada 2 orang pesakit-pesakit untuk mempengerusikan majlis tersebut dengan jayanya dimana mereka telah mempamerkan bakat yang dipendam selama ini.

 Acara dimulakan dengan lagu-lagu Patriotik seperti Negaraku, Keranamu Malaysia, Jalur Gemilang, Tanah Pusaka dan banyak lagi. Seterusnya aktiviti yang dilakukan adalah Permaianan Kuiz Kotak Beracun. Dalam sesi aktiviti ini para hadirin amat terhibur dengan keletah juruacara atau hos majlis. Tidak kurang lucunya aksi para pesakit yang mengambil bahagian.

 Selepas itu Sesi Karaoke dijalankan dengan diikuti sesi menjamu selera oleh para hadirin. Program ini telah diakhiri dengan penyediaan dan pemberian Tanglong kepada setiap pesakit dan hadirin oleh pihak penganjur yang membawa maksud kehidupan ini akan disunari cahaya kebahagian, keamanan dan kemakmuran yang berkekalan.Akhir sekali majlis telah selamat dilaksanankan dengan ucapan penutup oleh Pengerusi Majlis Pn Primalatha a/p Sundram pada pukul 9.00 malam. Intipati ucapan beliau  adalah menyampaikan cadangan dan pendapat bahawa program ini harus dianjurkan secara berterusan dan konsisten dari masa kesemasa. Pendapat beliau mendapat tepukan gemuruh dan kami semua bersependapat diatas apa yang telah diluahkan disudut hati beliau.

 

Laman resmi  www.psychiatry.gov.my atau Mirror Site www.psychiatry.tripod.com
Disediakan/dikemaskini pada 14/04/2003
Jawatankuasa IT Hospital Permai, Tampoi, Johor Bahru
Tel: 07-2373333 Ext 105