Make your own free website on Tripod.com


 
Mirror Site only. Official site  www.psychiatry.gov.my
12 April 2003 - Permai Ke Arah Akreditasi. ............. Selamat datang melayari laman web www.psychiatry.gov.my

JAWATANKUASA KEBAJIKAN PSIKIATRI

Dr. Benjamin Chan Teck Ming - Pengerusi
Dr. Khairuddin B A Wahab - Naib Pengerusi
Ong Chin Hoo - Naib Pengerusi
Rosli B Majid - Setiausaha
Tn Hj Mohammad B Abd Jamil - Penolong Setiausaha
Azraai B Kamdamy - Bendahari
Halimah Bt Yusof - Jawatankuasa
Tn. Hj Kamalludin Bin Senan - "
Tn. Hj Osman B Abd Rajak - "
Salmah Bte Omar - "
Hjh. Siti Rohani Bt Yahya - "
Misnah Bt Esman - "
Premalatha a/p Sundram - "
Selvarajah a/l S Ampalavanar - "
Asiah Bt Madi - "
Norwati Bt Md Salim - "

Latar-Belakang

Sejarah Badan Kebajikan Psikiatri Hospital Permai, Tampoi, Johor bahru bermula dengan penubuhan Jawatankuasa Kecil Kebajikan Pesakit Jiwa Hospital Permai yang telah di tubuhkan pada 1957. Penubuhan jawatankuasa ini adalah atas dasar bahawa pemulihan merupakan sebahagian dari program utama dalam rawatan pesakit.

Di antara fungsi Jawatankuasa Kecil Kebajikan Pesakit Jiwa adalah untuk mengadakan dana, merancang, membentuk dan melaksanakan aktiviti yang sesuai untuk membantu pemulihan pesakit. Aktiviti yang dijalankan oleh Jawatankuasa ini adalah terbatas kerana terikat dengan dasar penubuhan induk di bawah naungan Majlis Pusat Kebajikan Malaya Cawangan Negeri Johor.

Di atas kesedaran bahawa lebih banyak aktiviti yang boleh dijalankan oleh Hospital Permai maka satu pertubuhan baru yang lebih bebas perlu dibentuk. Oleh yang demikian pada 14 Jun 1999, penubuhan Badan Kebajikan Psikiatri Hospital Permai, Tampoi, Johor Bahru telah diluluskan oleh Pejabat Pendaftar Pertubuhan Malaysia.

Objektif

Di peringkat hospital:

  • menjaga kebajikan pesakit

Di peringkat kebangsaan

  • membela hak-hak atau keperluan pesakit-pesakit psikiatri.

Fungsi

  • Mencari sumbangan kewangan untuk membiayai kegiatan pesakit
  • Menyelaras semua aktiviti pemulihan
  • Mengeratkan hubungan di antara ahli, pesakit dan keluarga
  • Meningkatkan pengetahuan kesihatan mental dan psikiatri di kalangan orang awam

Keahlian

  • Ahli Biasa
  • Ahli Seumur Hidup
  • Ahli Bersekutu
  • Ahli Kehormat

 

Laman resmi  www.psychiatry.gov.my atau Mirror Site www.psychiatry.tripod.com
Disediakan/dikemaskini pada 14/04/2003
Jawatankuasa IT Hospital Permai, Tampoi, Johor Bahru
Tel: 07-2373333 Ext 105