Mirror Site only. Official site  www.psychiatry.gov.my
12 April 2003 - Permai Ke Arah Akreditasi. ............. Selamat datang melayari laman web www.psychiatry.gov.my

Category: Promosi Kesihatan Mental

1.  Apakah yang dimaksudkan dengan pemikiran positif?  
  Pemikiran positif adalah kebolehan seseorang individu itu melihat situasi persekitarannya dari sudut yang positif walaupun nampaknya negatif.
 [ top ]
2.  Saya cuba mempraktikan pemikiran positif, namun apakah strateginya?  
  Strategi pemikran positif adalah:
a. Mengubah cara berfikir kepada yang baik, optimis, yakin dan berwawasan.
b. Bercakap kepada diri sendiri dengan menekankan keyakinan, keberanian dan tegas diri.
 [ top ]
3.  Apakah ciri-ciri kesihatan mental?  
  Antara ciri-ciri kesihatan mental adalah :
· Penerimaan kendiri yang positif
· Perasaan selesa terhadap orang lain
· Kebolehan menghadapi liku-liku hidup
[ top ]
4.  Apakah yang dikatakan penerimaan kendiri yang positif?  
  Penerimaan kendiri yang positif adalah:-
· Mereka dapat mengawal emosi mereka sendiri seperti perasaan takut, marah, cemburu dan rasa bersalah.
· Mereka tidak mudah terbawa-bawa oleh rasa kecewa yang berterusan.
· Mereka mempunyai sikap terbuka, menyenangi diri sendiri dan orang lain.
· Mereka juga boleh bergelak ketawa dan berasa riang.
· Mereka tidak terlalu merendahkan atau meninggikan kebolehan pada diri sendiri.
· Mereka juga menerima kelemahan dan dan kekurangan diri mereka sendiri.
· Mereka menghargai diri sendiri.
· Mereka juga boleh berdepan dengan apa juga tekanan yang mendatang.
[ top ]
5.  Bagaimana saya boleh berperasaan selesa terhadap orang lain?  
  Anda boleh berperasaan selesa terhadap orang lain:-
· Anda bersedia menerima dan memberi kasih sayang.
· Anda mempunyai perhubungan yang memuaskan dan berkekalan.
· Anda menyukai dan mempercayai orang lain dan juga merasakan orang lain menyukai anda.
· Anda boleh merasakan yang mereka adalah sebahagian daripada suatu kumpulan dan tidak mengambil kesempatan dari kelemahan orang lain.
· Anda juga bertanggungjawab dan sedia berbakti terhadap manusia sejagat.
· Anda menghormati perbezaan yang ada dikalangan manusia.
[ top ]
6.  Bagaimana seseorang itu dikatakan berkebolehan menghadapi liku-liku hidupnya?  
  Seseorang itu dikatakan berkebolehan menghadapi liku-liku hidupnya jika :-
· Mereka cuba mengelak terjadinya masalah. Jika ada masalah mereka berupaya mengatasinya.
· Mereka menerima dan faham peranan dan tanggungjawab
· Mereka dapat menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran.
· Mereka merancang dan tidak takut menempuhi masa depan.
· Mereka menerima baik pengalaman serta ide-ide baru.
· Mereka mempunyai matlamat hidup yang jelas dan munasabah.
[ top ]
7.  Bagaimana untuk mencapai kesihatan mental?  
  Untuk mencapai kesihatan mental, amalkanlah tip-tip berikut.
1. Kesihatan fizikal perlu dititik beratkan seperti:
· Makanan yang seimbang
· Tidur yang mencukupi
· Latihan jasmani dan rekeasi
2. Pengurusan masa iaitu membuat perancangan awal dan melaksanakan mengikut keutamaan.
3. Berbincang dengan seorang yang dipercayai apabila anda ada tanda-tanda tekanan.
4. Mempunyai cita-cita yang munasabah.
5. Mengambil iktibar dari pengalaman yang silam.
 [ top ]
8.  Apakah yang dikatakan esertif?  
  Esertif adalah keupayaan berterus terang untuk menyatakan perasaan, keperluan dan buah fikiran. Di masa yang sama menghormati keperluan dan perasaan orang lain.
[Promosi Kesihatan Mental] [ top ]
9.  Apakah ciri-ciri individu yang esertif?  
  Ciri-ciri individu yang esertif adalah :
Menyatakan pendapat, perasaan dan kemahuan mereka.
Faham akan hak mereka untuk bersuara.
Berterus-terang, jujur dan berhemah.
Menghormati perasaan orang lain, tidak cuba menakutkan orang lain.
[ top ]
10.  Saya ingin mengetahui berkaitan tekanan atau 'stress'. Bolehkah tuan memberi sedikit gambaran?  
  Boleh. Tekanan merupakan sebahagian daripada kehidupan harian. Ia merujuk kepada kaedah yang menyebabkan ketenangan individu terasa diancam oleh peristiwa persekitaran dan menyebabkan individu tersebut bertindak balas. Anda boleh mengalami tekanan ketika memenuhi tuntutan kerja, menyesuaikan diri dengan persekitaran baru atau melalui interaksi sosial. Tekanan mental yang sederhana boleh menjadi pendorong kepada satu-satu tindakan dan pencapaian tetapi kalau tekanan mental anda itu terlalu tinggi, ia boleh menimbulkan masalah sosial dan mengganggu kesihatan anda.
[ top ]
11.  Apakah pula sebenarnya istilah tekanan mental?  
  Tekanan mental adalah hasil interaksi antara peristiwa-peristiwa persekitaran dengan individu. Paras tekanan yang dihasilkan akan bergantung kepada sumber tekanan dan cara individu tersebut bertindak balas. Persepsi individu terhadap sesuatu peristiwa sebagai menekan atau tidak juga berbeza.dan begitu jugalah respons mereka terhadap tekanan. Misalnya, kehilangan wang RM 100 tentunya amat menekankan bagi individu berpendapatan rendah tetapi tidaklah bagi seorang jutawan.
[ top ]
 
12.  Apakah gejala-gejala yang timbul apabila seseorang itu mengalami tekanan mental?  
  Ada beberapa gejala yang menandakan mental anda tertekan. Antara gejala tekanan mental adalah:

PERASAN
• Merasa bimbang
• Merasa cepat marah
• Merasa lemah semangat
• Merasa tidak tenteram dan gelisah

FIKIRAN
• Bimbang terhadap masa depan
• Kurang daya tumpuan
• Menjadi mudah lupa
• Fikiran tertumpu pada masaalah
• Takutgagal
• Rendah harga diri

TINGKAH LAKU.
• Tabiat merokok yang meningkat
• Penggunaan alkohol dan dadah sebagai cara untuk mengurangkan masaalah.
• Hilang selera makan atau makan berlebihan
• Mudah cuai dan sering terbabit dalam kemalangan.
• Mudah terkejut
• Bertindak secara impulsif dan agresif

PERUBAHAN FIZIKAL
• Berpeluh pada tangan dan
• Sukar untuk tidur
badan.
• Masalah penghadzaman e.g.
• Sering rasa dada berdebar loya, muntah, cirit-birit, sembelit.
• Menggeletar
• Sakit kepala dan leher.
• Kering mulut dan kerongkong
• Sakit-sakit sendi dan badan.
• Mudah merasa letih
• Mudah diserang penyakit
• Kerap kencing


PUNCA TEKANAN
Perubahan-perubahan besar dalam kehidupan seseorang adalah punca tekanan mental yang paling biasa. Peristiwa-peristiwa yang boleh mendatangkan tekanan mental bukan sahaja peristiwa yang negatif seperti kematian dibuang kerja tetapi peristiwa positif seperti berkahwin, mendapat cahayamata ataupun kenaikan pangkat.
 [ top ]
13.  Bagaimakah kita dapat mengurangkan tekanan mental yang dihadapi?  
  Cara-cara yang boleh digunakan untuk mengurangi tekanan mental anda:
• Makan makanan seimbang tiap-tiap hari
• Bersenam atau riadah secara kerap.
• Mempunyai hobi yang boleh mendatangkan ketenangan.
• Mempunyai keutamaan dan matlamat yang realistik
• Mengendalikan masa secara berkesan dan bijaksana.
• Selalu berpandangan positif dan fokus kepada sifat-sifat baik anda.
• Dapat menerima kelebihan dan kelemahan diri sendiri. Anda harus ingat setiap individu adalah unik dan berbeza.
• Bersedia berkongsi masaalah dengan orang lain yang boleh dipercayai.

Sesetengah orang mendapati bahawa dia memerlukan teknik yang lebih khusus untuk mengurangi tekanan mereka. Salah satu caranya ialah mengamalkan teknik relaksasi seperti relaksasi otot secara progresif atau meditasi. Misalnya apabila merasa tertekan, perlahankan tarikan dan keluaran nafas anda untuk beberapa minit. Dapatkan bantuan profesional sekiranya tekanan mental yang anda hadapi berpanjangan atau sukar diatasi.
[ top ]
14.  Sering timbul pandangan negatif terhadap pesakit mental. Ianya juga berkaitan stigma. Apakah stigma sebenarnya?  
  Stigma bermakna satu tanda yang memalukan, tidak diterima, disisihkan atau dibuang oleh orang lain. Ia berlaku apabila individu merasa malu atau enggan bercakap secara terbuka tentang keadaan mereka kerana bagi mereka a berbeza atau ganjil. Sedikit sebanyak stigma dikaitkan dengan penyakit jiwa. Sudah berkurun penyakit jiwa ini dilihat sebagai sesuatu yang memalukan, merbahaya, tidak menyenangkan, lemah, tidak boleh diubati - sesuatu yang harus disembunyikan.
[ top ]
15.  Berkaitan isu stigma kepada pesakit mental, kenapa kita harus menglibatkan diri?  
  Penyakit jiwa secara tradisinya dipenuhi oleh salah faham, ketakutan dan stigma. Stigma terhadap penyakit jiwa mempunyai kesan keatas kemampuan mereka mendapatkan rawatan, pemulihan dan sokongan yang diterima disamping penerimaan masyarakat.
Pada masa lalu, individu yang mempunyai simtom-simtom penyakit jiwa yang teruk tidak mempunyai banyak pilihan dan kerapkali diasingkan di institusi psikiatri. Tumpuan masa kini adalah membantu dan merawat mereka didalam masyarakat mereka sendiri, dekat dan hampir dengan keluarga, kawan mereka dan persekitaran yang tidak asing kepada mereka.
Bagaimananpun, diskriminasi dan salah faham masyarakat masih merupakan halangan yang paling besar yang dihadapi oleh pesakit jiwa untuk mendapatkan perkhidmatan perubatan yang diperlukan dan melibatkan diri secara aktif dalam perawatan.
Dengan ini, jika kita ingin pesakit jiwa hidup dan memberi sumbangan kepada masyarakat, bebas daripada stigma dan diskriminasi kita harus mengubah sikap masyarakat dengan meningkatkan pengetahuan dan kefahaman tentang penyakit jiwa.
[ top ]
16.  Bagaimana kita boleh menangani isu stigma ini terhadap pesakit mental?  
  Kita boleh menangani isu ini, dengan:
. Membincangkan penyakit jiwa secara terbuka dan belajar berfikir mengenainya seperti penyakit lain.
• Mendidik masyarakat untuk mengatasi sikap yang berasaskan salah tanggapan.
• Memajukan kesihatan mental dengan menggalakkan sikap sihat dan kanak-kanak hingga ke alam dewasa, dan belajar cara-cara mengendalikan masalah hubungan, situasi den kejadian.
• Menolong kawan dan keluarga yang mengalami penyakit jiwa untuk mendapat rawatan.
• Berbincang mengenai penyakit jiwa secara terbuka dengan orang yang anda temui, atau orang yang anda sayangi - adalah memeranjatkan berapa ramai yang menghadapi penyakit jiwa tapi takut berbincang mengenainya secara terbuka kerana bimbang tidak diterima.
• Memberi sokongan berkualiti tertinggi dan perkhidmatan rawatan yang membolehkan pesakit jiwa melibatkan diri sepenuhnya dalam semua aspek kehidupan bermasyarakat.
• Menghapuskan diskriminasi dalam setiap kawasan kehidupan - termasuk pekerjaan, pelajaran dan pemberian barang-barang, perkhidmatan dan kemudahan.
• Mengalakkan kajian mengenai penyakit jiwa untuk menolong memahami bagaimana penyakit ini memberi kesan kepada manusia dan bagaimana ianya boleh dibendung.
[ top ]
17.  Alkohol didapati mendatangkan kesan buruk terhadap kesihatan. Apakah sebenarnya alkohol?  
  Samsu, todi, tuak, beer dan brandi adalah contoh-contoh minuman beralkohol. Meminum alkohol adalah satu amalan yang biasa bagi sesetengah orang, terutama sekali dalam perjumpaan sosial. Rencana ini tidak menyatakan ‘Jangan Minum’ ia menyatakan ‘Ketahuilah banyak mana anda minum, dan biarlah ia dalam had yang boleh diterima’, kerana minum terlalu banyak atau pada masa yang tidak betul, boleh mendatangkan masalah besar.
 [ top ]
18.  Berapakah satu unit alkohol?  
  Jumlah alkohol dalam satu teguk wiski atau brandi adalah bersamaan dengan jumlah yang terkandung dalam setengah pain beer atau segelas wain. Anggaran kasar ini boleh dijadikan panduan bagi minuman yang dibeli di pub dan bar. Minuman yang dibuat dirumah adalah lebih tinggi kandungan alkoholnya.
[ top ]
 
19.  Apakah kesan bagi mereka yang mengunakan alkohol?  
  Alkohol boleh membuatkan anda rasa mengantuk, tidak cekap dan paling buruk sekali merbahayakan diri anda dan rakan sekerja anda. Anda menghadapi risiko kemalangan yang tinggi ditempat kerja malah boleh dibuang kerja. Setiap tahun berjuta-juta hari kerja hilang kerana mabuk. Alangkah ruginya.
[ top ]
 
20.  Apakah kaitan bagi mereka yang mempunyai masalah masalah tidur?  
  Tidur adalah normal, sesuatu yang biasa. Ia adalah satu tempoh untuk individu merehatkan dan memulihkan badan dan mindanya. Lebih kurang 10% hingga 20% populasi mengalami insomnia. Kebanyakan orang dewasa memeriukan 7 hingga 8 jam tidur setiap malam. Keperiuan ini berbeza daripada individu kepada individu lain. Ada individu yang mampu berfungsi dengan baik hanya dengan 4 jam tidur. Kanak-kanak memerlukan masa tidur yang lebih daripada orang tua.
 [ top ]
21.  Apakah yang berlaku sekiranya saya tidak tidur?  
  Ingatlah bahawa belum ada orang yang mati kerana kurang tidur. Tidak dapat tidur malam sekali sekala tidak akan menjejaskan sangat kesihatan fizikal atau mental. Pekerja-pekerja waktu malam akan mengalami gangguan tidur semalam-dua selepas bertukar masa kerja. Pengembara jarak jauh yang menyeberangi kawasan masa akan mengalami ‘jet lag’ iaitu terbangun ditengah malam atau merasa mengantuk diwaktu siang. Jika individu tidak tidur beberapa malam, beliau akan merasi sukar untuk membuat keputusan dan perasaan (‘mood’) akan terjejas. Perkara ini boleh mendatangkan bahaya kepada individu yang mengendalikan mesin-mesin berat atau memandu.
[ top ]
22.  Apakah amalan tidur yang sihat?  
  Jika anda bermasalah untuk tidur, disini ada beberapa panduan yang boleh menolong anda tidur dengan baik:
• Cuba biasakan diri masuk tidur pada masa yang sama dan bangun pada masa yang sama.
• Pastikan tempat tidur dan biliknya selesa - tidak terlalu panas dan tidak terlalu bising.
• Sebelum tidur lakukan senaman ringan tanpa membebankan badan anda
• Cuba relaks sebelum tidur misalnya membaca atau mendengar musik ringan.
• .Jika ada sesuatu yang tidak boleh diselesaikan, cuba tuliskannya sebelum masuk tidur dan beritahu diri anda Ia akan diselesaikan pada esok harinya.
• Jika tidak dapat tidur, jangan berbaring dan merisauinya. Bangun dan buat sesuatu yang boleh memberi ketenangan seperti membaca, menonton TV atau mendengar musik.
Jika anda tidak dapat tidur semalaman, jangan cuba tidur pada keesokkan harinya ia akan menyukarkan anda tidur pada malam berikutnya. Jika anda terlalu letih masuklah tidur lebih awal pada malam berikutnya.
Perkara-perkara yang berikut perlu dihindari:
• Minum teh, kopi dan minuman ber ‘cola’. Susu suam boleh membantu.
• Minum alkohol dengan banyaknya, membuatkan anda rasa hendak tidur tetapi ia kemudian akan pasti membuatkan anda berjaga sepanjang malam.
• Makan atau minum banyak ke larut malam.
• Selalu guna pil tidur - ia digunakan untuk sementara waktu sahaja dibawah arahan doktor.
[ top ]

Category: Psikoedukasi

1. Apakah yang dimaksudkan dengan Penyakit Mental?
2. Apakah definasi Kesihatan Mental?
3. Bagaimanakah cara yang baik untuk mengatasi masalah 'depression'?
4. Mengapakah ujudnya stigma dikalangan masyarakat terhadap pesakit jiwa?
5. Apakah jenis-jenis penyakit mental yang memerlukan rawatan?
6. Apakah yang dimaksudkan dengan penyakit psikosis?
7. Apakah yang dimaksudkan dengan penyakit neurosis?
8. Apakah rawatan utama bagi mereka yang berpenyakit mental?
9. Skizoprenia merupakan fenomena utama dalam penyakit mental. Apakah ciri-ciri mereka yang mengidap skizoprenia?
10. Saya ingin tahu apakah yang menyebabkan gangguan mental ini terjadi?
11. Siapakah yang boleh mengidap gangguan mental?
12. Adakah gangguan mental merupakan kelemahan pemikiran atau kecacatan otak?
13. Adakah gangguan mental dialami seumur hidup?
14. Adakah mereka yang mengalami gangguan psikiatri boleh membahayakan?
15. Adakah mereka yang mengalami gangguan psikiatri perlu diasingkan dari masyarakat?
16. Apakah yang dimaksudkan dengan penyakit kemurungan?
17. Apakah yang dimaksudkan dengan gangguan keresahan?
18. Apakah yang dimaksudkan dengan serangan panik?
19. Apakah dia fobia?
20. Apakah tanda dan simtom penyakit kemurungan?
21. Apakah itu penyakit kemurungan?
22. Bagaimanakah saya boleh membantu diri saya yang kesedihan?


 


 

1.  Apakah yang dimaksudkan dengan Penyakit Mental?  
  Penyakit Mental adalah sejenis penyakit yang menyebabkan gangguan-gangguan teruk dalam pemikiran, perasaan dan tingkahlaku seseorang. Gangguan ini menyebabkan seseorang tidak mampu untuk menghadapi cabaran dan kehidupan seharian.

 
[Psikoedukasi] [ top ]



 

2.  Apakah definasi Kesihatan Mental?  
  Definasi Kesihatan Mental yang ditakfifkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau WHO adalah kebolehan individu itu mengekalkan hubungan yang harmoni dengan orang lain, kebolehan mengambil bahagian dalam aktiviti kemasyarakatan dan menyumbang kepadanya.
 
[Psikoedukasi] [ top ]



 

3.  Bagaimanakah cara yang baik untuk mengatasi masalah 'depression'?  
  Anda boleh mengatasi kesedihan atau 'depression' anda dengan mempraktikan ciri-ciri berikut :
a. Mengamalkan pemikiran yang positif.
b. Boleh menyelesaikan masalah atau konflik dengan berkesan.
c. Boleh berkomunikasi secara efektif.
d. Bersikap asertif atau tegas diri.
e. Menerapkan nila-nilai kerohanian atau keagamaan dalam diri.
f. Mengujudkan hubungan dan ikatan baik sesama insan.
g. Anda juga boleh mendapat nasihat dan bimbingan dari Pakar psikologi, Kaunselor dan Pakar Psikiatri. Elakan kesedihan dan tekanan anda berpanjangan tanpa sebarang
intervensi dan dapatkan rawatan serta nasihat segera.
[Psikoedukasi] [ top ]



 

4.  Mengapakah ujudnya stigma dikalangan masyarakat terhadap pesakit jiwa?  
  Stigma berlaku disebabkan kurangnya kefahaman, pengetahuaan dan salah anggapan masyarakat terhadap penyakit dan gangguan yang dialami mereka.
[Psikoedukasi] [ top ]



 

5.  Apakah jenis-jenis penyakit mental yang memerlukan rawatan?  
  Jenis-Jenis penyakit mental yang memerlukan rawatan adalah:-
• Neurosis § Psikosis.
• Penyakit mental organik seperti nyanyuk.
• Gangguan personaliti.
• Psikiatri di kalangan kanak-kanak seperti autism dan hiperaktif.
• Ketagihan dadah dan alkohol.
• Percubaan membunuh diri.
 
[Psikoedukasi] [ top ]



 

6.  Apakah yang dimaksudkan dengan penyakit psikosis?  
  Pada tahap teruk, seseorang yang mengalami penyakit mental psikosis mungkin kehilangan hubungan dengan alam nyata. Kebolehan seseorang memahami pemikiran dan perasaannya serta rangsangan dari luar terganggu. Mereka merasai persekitarannya berbeza dengan orang yang normal. Apa yang mereka lihat, dengar dan rasai sebagai sesuatu yang benar tetapi tidak dialami oleh orang di sekitarnya. Pesakit mungkin bertindak di atas apa yang dialami dan tingkahlakunya mungkin kelihatan “luar biasa”. Orang-orang yang tidak biasa dengan tingkahlaku dan pengalaman mereka mungkin sukar memahami akan kekeliruan dan ketakutan pesakit psikosis dan melihatnya sebagai sesuatu yang menakutkan.
Pada masa dahulu pesakit mental psikosis diasingkan dan dipisahkan dari masyarakat. Tetapi, pada hari ini, dengan adanya rawatan dan ubatan yang berkesan, kebanyakan mereka dapat menjalani kehidupan yang produktif dan bermakna.
Diantara penyakit-penyakit jenis ini termasuklah skizofrenia dan psikosis manik depresif.
 
[Psikoedukasi] [ top ]



 

7.  Apakah yang dimaksudkan dengan penyakit neurosis?  
  Mungkin kita pernah mengalami perasaan sedih, resah dan tertekan. Pengalaman ini merupakan pengalaman biasa dalam kehidupan kita. Apabila perasaan biasa ini dan tingkahlaku tertentu berlaku secara berlebihan, tidak terkawal dan berlarutan sehingga mengganggu kehidupan seseorang dalam menjalani aktiviti harian, hubungan dengan orang lain dan keupayaan seseorang untuk menikmati keseronokan hidup, ia mungkin mengalami salah satu penyakit mental jenis bukan psikosis (neurosis).
Di antara penyakit-penyakit jenis ini termasuklah fobik (ketakutan yang tidak berasas), keresahan (anxiety), kemurungan (depression) dan obsessif kompulsif.
 
[Psikoedukasi] [ top ]



 

8.  Apakah rawatan utama bagi mereka yang berpenyakit mental?  
  Seperti penyakit fizikal, penyakit mental juga boleh diubati. Apabila seseorang mengalami penyakit mental, mereka perlu menjalani penilaian oleh kakitangan kesihatan. Maklumat terus terang dan tepat dapat membantu kakitangan kesihatan dalam menentukan diagnosa dan merancang jenis rawatan dengan tepat. Sebahagian besar daripada mereka dapat dirawat sebagai pesakit luar tanpa memerlukan kemasukan ke hospital atau institusi mental. Terdapat berbagai jenis rawatan untuk penyakit mental. Rawatan yang diberikan kepada sesesorang bergantung kepada jenis penyakitnya dan keperluan individu.

Psikoterapi dan kaunseling:-
Kaunseling boleh membantu pesakit memahami keadaan diri dan perasaannya dengan lebih mendalam. Rawatan ini diberikan secara pesakit luar. Seseorang itu mungkin memerlukan beberapa sesi kaunseling sebelum mendapat kesan rawatan. Jumlah sesi kaunseling bergantung kepada jenis penyakit dan keperluan individu.

Rawatan psikotropik:-
Terdapat berbagai jenis ubat-ubatan yang dikelaskan sebagai ubat psikotropik yang digunakan untuk rawatan penyakit mental. Ubat-ubatan antipsikotik boleh mengurangkan atau menghapuskan gejala-gejala psikosis. Sementara ubat-ubatan jenis lain boleh mengurangkan tekanan, kemurungan dan keresahan (anxiety) sehingga pesakit dapat mengendali gejala-gejala penyakitnya dengan lebih baik. Sebahagian ubatan jenis ini mengambil masa yang agak lama sebelum memberi kesan. Bagaimanapun, pengambilan ubat-ubatan jenis ini mestilah mendapat nasihat dari pengamal perubatan yang sah. Sebahagian pesakit mental perlu meneruskan pengambilan ubatan psikotropik untuk jangka masa yang panjang sepertimana rawatan fizikal, contohnya penyakit darah tinggi dan kencing manis.

Rawatan tingkahlaku:-
Rawatan jenis ini memberi tumpuan kepada membantu pesakit mengubah cara berfikir atau tingkahlaku yang tertentu yang mengganggu dan menimbulkan gejala penyakit. Terdapat berbagai jenis rawatan tingkahlaku yang boleh digunakan untuk merawat penyakit mental tertentu. Teknik releksasi adalah merupakan satu contoh rawatan jenis ini.

Rawatan elektrokonvulsif:-
Rawatan elektrokonvulsif diberikan melalui pengaliran elektrik bervoltan amat rendah merentasi otak seseorang. Rawatan jenis ini adalah selamat, tidak berbahaya dan biasanya digunakan untuk merawat penyakit kemurungan yang serius. Sebelum rawatan diberikan, seseorang itu akan diberi bius.
 
[Psikoedukasi] [ top ]



 

9.  Skizoprenia merupakan fenomena utama dalam penyakit mental. Apakah ciri-ciri mereka yang mengidap skizoprenia?  
  Ciri umum gangguan ini adalah :
• Gangguan-gangguan pada fikiran dan perhatian pesakit.
• Gangguan-gangguan pada persepsi. Dunia ini seakan-akan nampak lain di mata pesakit.
• Gangguan-gangguan pada fungsi efek atau perasaan. Mereka sering dilihat dalam kesedihan dan menarik diri dari kumpulan.
• Menarik diri dari kenyataan. pesakit sering berkhayal sendiri dan tenggelam dalam dunia batinnya sendiri.
• Mengalami delusi dan halusinasi. pesakit merasa yakin bahawa sesuatu akan terjadi pada dirinya (delusi) dan kadang-kadang diikuti oleh pengalaman-pengalaman individu (merasa melihat atau mendengar sesuatu) yang tidak dialami oleh orang lain. Bila keyakinan yang timbul adalah seolah-olah ada orang yang mengejar-ngejar dirinya (merasa akan dibunuh misalnya), maka pesakit mengalami delusi persekusi. Bila pesakit yakin bahawa ia mempunyai kekuatan atau kemampuan luar biasa, ia mengalami delusi grandeur/kekuasaan/kebesaran.
 
[Psikoedukasi] [ top ]



 

10.  Saya ingin tahu apakah yang menyebabkan gangguan mental ini terjadi?  
  Ianya melibatkan berbagai faktor seperti:
• Genetik.
• Kimiaotak.
• Terlalu banyak perubahan hidup dalam jangkamasa yang pendek.
• Pengalaman hidup di masalalu, pergaulan dengan orang lain atau cara hidup.
 
[Psikoedukasi] [ top ]



 

11.  Siapakah yang boleh mengidap gangguan mental?  
  la tidak memilih usia, jantina, bangsa atau status sosial.

 
[Psikoedukasi] [ top ]



 

12.  Adakah gangguan mental merupakan kelemahan pemikiran atau kecacatan otak?  
  Tidak. Ianya adalah sejenis penyakit sama seperti penyakit asma dan kencing manis.
 
[Psikoedukasi] [ top ]



 

13.  Adakah gangguan mental dialami seumur hidup?  
  Tidak. Apabila rawatan berpatutan diberikan awal dan secara konsisten, kebanyakkan pesakit psikiatri boleh sembuh. Elakan membiarkan pesakit berterusan tanpa intervensi.
[Psikoedukasi] [ top ]



 

14.  Adakah mereka yang mengalami gangguan psikiatri boleh membahayakan?  
  Tidak. Mereka yang menghidap gangguan psikiatrik jarang boleh membahayakan sekiranya mereka dirawat dan diberikan pemulihan serta sokongan berterusan. Salah faham inilah satu dari punca 'stigma' oleh masyarakat terhadap gangguan psikiatrik.

 
[Psikoedukasi] [ top ]



 

15.  Adakah mereka yang mengalami gangguan psikiatri perlu diasingkan dari masyarakat?  
  Kebanyakkan mereka yang menghidap gangguan psikiatri sembuh dengan cepat dan sebahagian besar tidak memerlukan rawatan hospital atau hanya rawatan pesakit luar dan rawatan dalam komuniti sahaja.
[Psikoedukasi] [ top ]



 

16.  Apakah yang dimaksudkan dengan penyakit kemurungan?  
  Merasa sedih apabila sesuatu yang tidak diingini berlaku adalah perkara biasa. Tetapi kemurungan adalah sejenis penyakit mental yang menjejaskan kesihatan fizikal, perasaan emosi dan juga pemikiran. lanya:
• BUKAN kesedihan yang sementara.
• TIDAK boleh dihilangkan dengan cuba bergembira.
• lanya boleh mengurangkan keupayaan untuk bekerja dan menikmati kehidupan.
• Jika TIDAK dirawat, boleh perpanjangan sehingga beberapa bulan ataupun tahun
• Boleh mengakibatan penyakit fizikal dan meningkatkan risiko membunuh diri.

 
[Psikoedukasi] [ top ]



 

17.  Apakah yang dimaksudkan dengan gangguan keresahan?  
  Gangguan keresahan berlaku apabila perasaan resah menjadi semakin meningkat sehingga menjejaskan tugas-tugas harian. Keresahan ini bukanlah terjadi dalam situasi kebiasaan kerana keresahan yang ditunjukan adalah luarbiasa.

 
[Psikoedukasi] [ top ]



 

18.  Apakah yang dimaksudkan dengan serangan panik?  
  Keresahan berlebihan yang berlaku secara tiba-tiba dikenali sebagai serangan panik dan ianya adalah sangat menakutkan pengidapnya. la menjadikan seseorang merasa amat takut atau amat tidak menyenangkan, yang berlaku dalam beberapa minit atau beberapa jam. la mempunyai tanda-tanda seperti susah bernafas, pening, degupan jantung menjadi pantas, berpeluh dan rasa takut akan mati atau menjadi tidak siuman.
[Psikoedukasi] [ top ]



 

19.  Apakah dia fobia?  
  lanya adalah perasaan takut yang berterusan serta tidak dapat dikawal yang berkaitan samada dengan sesuatu situasi atau sesuatu perkara atau benda.
[Psikoedukasi] [ top ]



 

20.  Apakah tanda dan simtom penyakit kemurungan?  
  Simtom Kemurungan adalah:
• Kesedihan atau ‘kekosongan’ perasaan yang berpanjangan.
• Hilang minat atau keseronokan terhadap hobi dan aktiviti-aktiviti lain yang biasanya mendatangkan keseronokan.
• Cepat rasa letih dan tidak bertenaga
• Perasaan pesimistik dan mudah berputus asa.
• Perasaan bersalah dan tidak berguna
• Gangguan tidur, bangun terlalu awal atau berlebihan tidur.
• Hilang selera makan dan penurunan berat badan.
• “Rasa lebih baik mati”, kadangkala disertai dengan percubaan bunuh diri.
Rasa tidak tenteram dan mudah marah.
• Kurang daya tumpuan, sukar membuat keputusan.
• Simtom-simtom fizikal seperti sakit kepala, sakit-sakit badan dan gangguan penghazaman.
Individu yang mengalami kemurungan yang teruk akan mengalami gangguan baik di tempat kerja maupun di rumah atau kehidupan bermasyarakat.

 
[Psikoedukasi] [ top ]



 

21.  Apakah itu penyakit kemurungan?  
  Kemurungan adalah gangguan kepada perasaan seseorang. Gangguan perasaan ni boleh menjadi teruk dan tegar dan biasanya tidak dapat diatasi hanya dengan dihiburkan oleh rakan dan keluarga. Kemurungan ini juga tidak dapat dihapuskan dengan hanya ada semangat, ia memerlukan rawatan yang rapi dan intensif bagi menghapuskan simtom-simtomnya. Kemurungan boleh berlangsung lama sehingga berbulan-bulan atau bertahun-tahun.
[Psikoedukasi] [ top ]



 

22.  Bagaimanakah saya boleh membantu diri saya yang kesedihan?  
  BANTULAH DIRI ANDA DENGAN:

1 Bertimbang rasa terhadap diri anda - jangan bercita-cita melakukan sesuatu yang tidak mampu
2 Libatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang membuatkan anda rasa selesa.
3 Elakkan diri membuat keputusan besar ketika masih dalam kemurungan.
4 Jangan menyalahkan diri anda kerana lemah. Kemurungan adalah satu penyakit yang boleh dirawat dan bukan satu kelemahan.
5 Bina harapan - Episod kemurungan bukan kekal. Dengan rawatan yang sesuai hampir semua orang akan sembuh.

Rakan dan keluarga boleh membantu dengan mempastikan individu yang mengalami kemurungan mendapat pertolongan dan rawatan yang sesuai. Perkara kedua yang penting sekali ialah memberi sokongan emosi, kasih sayang, kesabaran, galakan dan kefahaman. Mereka tidak boleh dianggap sebagai mengada-adakan sakit atau pemalas dan mereka tidak boleh diharapkan untuk sembuh dengan segera. Penyakit kemurungan memerlukan masa dan kesabaran baik pada pesakit maupun pada anggota keluarga.
 
[Psikoedukasi] [ top ]

Laman resmi  www.psychiatry.gov.my atau Mirror Site www.psychiatry.tripod.com
Disediakan/dikemaskini pada 14/04/2003
Jawatankuasa IT Hospital Permai, Tampoi, Johor Bahru
Tel: 07-2373333 Ext 105