Make your own free website on Tripod.com

 

 

 

 


 


Severe Acute Respiratory Syndrome


  1. Apakah itu Severe Acute Respiratory Syndrome (SARS)?

Sejak bulan Februari 2003, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah melaporkan berlakunya sejenis wabak penyakit radang paru-paru (penumonia) yang teruk di wilayah Guangdong (China), Hanoi (VIetnam) dan Hong Kong.

Semenjak itu, penyakit yang serupa telah dilaporkan berlaku di beberapa buah negara lain. Penyakit radang paru-paru ini dikenali sebagai Severa Acute Respiratory Syndrome (SARS). Penyakit ini mempunyai gejala awal seperti penyakit demam selsema iaitu demam panas secara mendadak melebihi 38.5C, sakit-sakit otot, sakit tekak, batuk dan sakit kepala. Ini diikuti, dengan kesukaran bernafas, yang mana boleh melarat menjadi radang paru-paru yang lebih teruk dan boleh membawa maut. Penyakit ini dikaitkan dengan mereka yang pernah mengunjungi kawasan-kawasan yang telah mempunyai kes kejadian penyakit ini atau berhubungan rapat ("close contact") dengan pesakit yang disahkan menghidap SARS.

  1. Apakah punca SARS?

Punca penyakit ini masih belum diketahui.

  1. Bolehkah ia berjangkit dan bagaimana ia merebak?

Ya, SARS adalah sejenis penyakit berjangkit dan berbahaya. Penyakit ini merebak melalui perhubungan rapat/"close contact" (pernah menjaga, tinggal bersama, bersemuka atau bersentuh cecair pernafasan/respiratori pesakit atau orang yang disyaki menghidap SARS)

  1. Berapa cepatkah seseorang itu akan jatuh sakit setelah dijangkiti?

Pada masa ini, tempoh pengeraman/inkubasi ("inkubasi period") tidak diketahui. Walaubagaimanapun daripada maklumat yang terkini, jangkamasa pengeraman adalah dijangkakan dalam lingkungan 2 minggu.

  1. Siapakah yang berisiko dijangkiti SARS?

Individu-individu yang telah melawat negara-negara yang mempunyai wabak ini atau berhubung rapat "close contact" dengan penghidap SARS.

  1. Negara manakah yang berisiko tinggi?

Berdasarkan laporan WHO, negara-negara itu ialah wilayah Guangdong (China), Hong Kong (China), Hanoi (Vietnam). Laporan terkini WHO melaporkan kejadian yang serupa di Singapura, Thailand, Filipina, Indonesia dan Kanada.

  1. Sudah adakah penyakit ini Di Malaysia?

Sehingga kini belum ada kes yang dilaporkan.

  1. Bagaimana SARS didiagnosa?

Diagnosa adalah didasarkan ciri-ciri klinikal, sejarah perjalanan/lawatan ke kawasan-kawasan yang berisiko atau pernah berhubung rapat/ "close contact" dengan pesakit SARS.

  1. Bolehkah penyakit ini dirawat?

Pada masa ini, tidak terdapat rawatan yang khusus. Namun demikian, jika anda baru balik dari kawasan/negara yang mempunyai kes SARS dan mengalami gejala seperti demam selsema, anda haruslah berjumpa doktor.

  1. Apakah yang perlu saya lakukan untuk melindungi diri daripada SARS?

Anda dinasihatkan untuk tidak melawat atau melancong ke negara-negara yang mempunyai kes SARS, kecuali ianya benar-benar perlu. Elakkan berhubungan dengan kes-kes (pesakit-pesakit SARS), tetapi jika terpaksa, anda dinasihatkan untuk mengamalkan kebersihan diri yang baik dan menggunakan alat perlindungan diri seperti topeng pernafasan ("mask") yang sesuai.

  1. Adakah terdapat pelalian/vaksinasi untuk melindungi diri?

Pada masa ini tidak ada pelalian/vaksinasi yang khusus untuk penyakit ini.

  1. Bolehkah saya melancong/melawat negara China, Hong Kong, Vietnam dan kawasan-kawasan yang mempunyai SARS?

Adalah dinasihatkan supaya anda tidak melakukan perjalanan ke kawasan-kawasan yang terlibat, kecuali atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.


Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia,
Tingkat 2, Blok A, Kompleks Pejabat-Pejabat Kesihatan,
Jalan Cenderasari, 50590, Kuala Lumpur
Tel: 03-2694 6394,  Faks: 03-2694 6404

Sila layari laman web www.psychiatry.gov.my, atau
miror site di www.psychiatry.tripod.com